PME Holdings Sdn. Bhd.

Manufacturing



Our Story

MENGENAI KAMI

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Tuan Isnain bin Ishak bersama Puan Noor Eleezan Ibrahim dan dikenali sebagai Puncak Maju Enterprise. Sejak penubuhannya di Malaysia pada tahun 2006, bermula dari satu kilang, Puncak Maju Enterprise telah memulakan rancangan pengembangan untuk membantu pelanggan dalam bidang pembuatan perabot di seluruh Malaysia. Bertempat di Semenyih, Selangor, syarikat ini yang telah beroperasi selama lebih 14 tahun merupakan Syarikat Berstatus Bumiputera, berdaftar dengan CIDB dan kini syarikat telah mempunyai 1 ruang showroom dan 3 kilang yang beroperasi sepenuhnya untuk memenuhi permintaan yang makin meningkat.

Pada Ogos 2015, syarikat ini telah dinaiktaraf kepada status Syarikat Sendirian Berhad dan dikenali sebagai PME Holdings Sdn Bhd sehinggalah ke hari ini. PME Holdings Sdn Bhd kini juga lebih dikenali dengan nama ‘Furniture Budget’ di seluruh Malaysia. 

Dengan slogan ‘Save Money, Good Quality’, Visi syarikat ini ialah untuk membantu pelanggan di seluruh Malaysia untuk merealisasikan hiasan dalaman rumah impian mereka. Misi yang sentiasa syarikat capaikan adalah membantu mereka mencapai impian mereka dengan budget yang mereka mampu.

Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan perabot dan pengubahsuaian rumah di mana sehingga kini, lebih 5000 pelanggan di sekitar Malaysia telah mencapai hiasan dalaman rumah impian mereka. Selebriti dan artis-artis terkenal tanah air juga memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat ini untuk merealisasikan rumah impian mereka. Syarikat juga telah melaksanakan lebih 300 projek membekal perabot dan pengubahsuaian pejabat bagi pihak kerajaan dan swasta. Syarikat kini telah memperoleh reputasi sendiri sebagai pembuatan perabot dan pengubahsuaian yang berkualiti. 

Kini, syarikat sedang berkembang pesat seiring dengan permintaan pelanggan yang tiada henti bagi mendapatkan rumah impian mereka dengan budget yang mereka mampu. Syarikat kini mempunyai 20 – 30 pekerja dari sektor pentadbiran, jualan dan kilang pembuatan. Selari dengan perkembangan ini, kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai semangat dan daya saing yang tinggi bagi merealisasikan impian pelanggan bersama dengan syarikat. Dengan faedah yang terbaik dan komisen yang tinggi, peluang kerjaya anda dan peningkatan dalam kerjaya bermula dari sini! 


MISI DAN VISI KAMI

Dengan slogan ‘Save Money, Good Quality’, Visi syarikat ini ialah untuk membantu pelanggan di seluruh Malaysia untuk merealisasikan hiasan dalaman rumah impian mereka. Misi yang sentiasa syarikat capaikan adalah membantu mereka mencapai impian mereka dengan budget yang mereka mampu. 

Kini, syarikat sedang berkembang pesat seiring dengan permintaan pelanggan yang tiada henti bagi mendapatkan rumah impian mereka dengan budget yang mereka mampu. Syarikat kini mempunyai 20 – 30 pekerja dari sektor pentadbiran, jualan dan kilang pembuatan. Selari dengan perkembangan ini, kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai semangat dan daya saing yang tinggi bagi merealisasikan impian pelanggan bersama dengan syarikat. Dengan faedah yang terbaik dan komisen yang tinggi, peluang kerjaya anda dan peningkatan dalam kerjaya bermula dari sini! 

Company Benefits

High Commission

High commission provided to all successful sales.

Intensive Training

Training will be provided and freedom to make use 10% of your time in the office to learn new skills, as long as it fits into our vision

Meal Allowance

Meal Allowance provided every Monday, Wednesday and Friday


Our Address

No.18, Jalan TPS 1/4, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia